Siakap Keli

Posting Terakhir Glenn Fredly Buat Isteri Empat Hari Lalu Jadi Perhatian

Sebentar tadi negara dikejutkan dengan berita kematian penyanyi terkenal dari seberang, Indonesia, Glen Fredly. Penyanyi yang terkenal dengan lagu Januari dilaporkan telah menghembuskan nafas yang terakhir di Rumah Sakit Setia Mitra, Jakarta Selatan.

Pun begitu, menurut laporan media tempatan, posting terakhir penyanyi tersebut melalui akaun Instagram miliknya seperti menunjukkan tanda akan ‘pergi’ buat selama-lamanya.

Posting terakhir yang ditulis empat hari lalu itu merupakan ucapan ringkas hari jadi isteri tercinta, Mutia Ayu.

“Selamat hari jadi isteriku tercinta Mutia Ayu. Semesta ini menjagamu dan kita bersama selalu.”

Gambar: glennfredly309

Sementara itu, tulisan posting di Instagram milik isterinya juga menjadi tumpuan.  Posting dengan gambar mereka berdua ditulis 17 jam lalu.

Gambar: mutia_ayuu

Glenn Fredly merupakan seorang penyanyi yang cukup terkenal di Indonesia dengan lagu-lagu seperti ‘Januari’ dan ‘Terpesona’. Beliau dikhabarkan meninggal dunia akibat radang selaput otak ataupun meningitis.

Beliau meninggalkan seorang isteri dan seorang anak yang baru lahir pada 28 Februari,2020.

Sumber: kompasiana

Adib Mohd

Nur Farra