Siakap Keli

Sekurang-kurangnya 21 Doktor Maut Akibat COVID-19 Di Filipina

Sekurang-kurangnya 21 doktor dilaporkan meninggal dunia di Filipina akibat jangkitan COVID-19, menurut laporan media tempatan pada Rabu.

“Doktor-doktor itu meninggal dunia akibat COVID-19 kerana ada pesakit yang berbohong tentang sejarah perjalanan dan keadaan kesihatan mereka,” kata Presiden Persatuan Hospital Swasta, Rustico Jimenez pada pemberita GMT.

Setakat ini, 740 petugas perubatan di Filipina dipercayai telah dijangkiti virus tersebut dan mereka sedang menjalani tempoh kuarantin selama 14 hari di sebuah hospital swasta; hospital yang sama menyaksikan kematian 21 doktor tersebut.

Sementara itu, Jimenez menjelaskan, kekurangan alat perlindungan diri (PPE) untuk kegunaan doktor dan petugas kesihatan lain di hospital swasta juga menjadi salah satu punca kematian mereka.

“Hospital swasta tidak menerima PPE. Kami beli kami punya sendiri. Tapi untuk masa ini, ianya seakan sukar untuk dapatkan bekalan (PPE) itu,” katanya.

Tidak lama selepas kenyataan Jimenez itu dikeluarkan, Pasukan Petugas Antara Agensi untuk Pengurusan Penyakit Berjangkit (IATF-EID) berkata mereka akan memastikan semua petugas kesihatan di sektor awam dan swasta akan diberikan alat perlindungan.

Negara tersebut kini mencatatkan 182 kematian dan 3,870 kes keseluruhan.

Sumber: Anadolu Agency, GMA Network

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.