KEMENTERIAN Kesihatan Putrajaya (KKM) mengeluarkan satu statistik terkini taburan jangkitan COVID-19 di seluruh negara.
Menurut KKM, setakat hari ini, Selangor kekal negeri paling tinggi mempunyai jangkitan wabak tersebut dengan jumlah 1,078 kes, diikuti Wilayah Persekutuan (WP) Kuala Lumpur 685 kes, Johor 496 kes dan Sarawak 306 kes.
Manakala bagi Kelantan, Perlis dan WP Labuan, tiada pertambahan kes baharu dilaporkan.


#COVID19Malaysia Bilangan pertambahan kes baharu mengikut negeri yang terkini sehingga 12pm, 8 April.
Tiada pertambahan kes baharu di Kelantan, Perlis dan WP Labuan.
Selangor paling tinggi diikuti WP KL, Johor dan Sarawak. @MuhyiddinYassin @DrAdhamBaba pic.twitter.com/Z86LAtPsM8
— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) April 8, 2020
Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia