Siakap Keli

Topeng Muka Percuma Akan Diagihkan Kepada Ketua Keluarga – Datuk Ismail Sabri

Menerusi sidang media yang berlangsung hari ini berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan yang disampaikan oleh Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) menyampai satu berita gembira untuk penduduk di negara ini.

Terkini, kerajaan akan agih empat topeng muka percuma kepada semua ketua isi rumah di seluruh negara. Sebanyak 24.62 juta topeng muka percuma akan diagih kepada rakyat Malaysia yang memerlukan.

“Dari sini ia akan diagih rumah ke rumah oleh petugas barisan hadapan di daerah.”

Jelasnya lagi dalam sidang media tersebut, topeng muka percuma akan dihantar ke Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan melalui penerbangan khas TUDM Jumaat ini. Selepas itu akan diagih ke peringkat daerah dan seterusnya ke rumah-rumah.

Untuk pengetahuan anda, topeng muka yang sedang diagihkan di seluruh negara bukan sumbangan tetapi dibeli oleh kerajaan.

https://www.youtube.com/watch?v=Hz2FWdfO_A0

 

Sumber: Bernama

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang