Siakap Keli
Kredit: Lilik Iskandars

(Video) Demi Sesuap Nasi, Individu Berkostum Ini Tetap Bekerja Walau Pasaraya Sepi Akibat Darurat

Biarpun pasaraya sepi dalam tempoh darurat, seorang individu yang bekerja sebagai penghibur tetap bekerja mencari rezeki.

Menurut pengguna Twitter, Lilik Iskandars, rakannya dari Bali telah mengirim video seorang individu berkostum watak Chiitan itu kepadanya.

Individu bermaskot itu dikatakan memperoleh wang dengan bergambar bersama pengunjung di pasaraya tersebut.

Dalam video itu, kelihatan maskot berkenaan berdiri di tengah ruang legar pasaraya sambil memerhati beberapa pengunjung yang melintasinya di dalam pasaraya sepi itu.

Video yang menyentuh hati itu telah mendapat 23.9 ribu tanda suka serta lebih 15 ribu ulang kicau di laman Twitter.

Sumber: Lilik Iskandars, CNBC Indonesia

Amira

Love yourself.