Siakap Keli

“COVID-19: Solat Jumaat Tetap Diteruskan,” Dr. Zulkifli Sahkan Berita Tidak Benar

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri melalui akaun Twitter miliknya hari ini menafikan satu berita mengenai solat jumaat yang didakwa akan tetap diteruskan.

Beliau dalam posting itu menegaskan bahawa Pejabat Menteri (Hal Ehwal Agama) tidak pernah mengeluarkan kenyataan tersebut.

Dalam pada itu, beliau turut menitip pesan agar orang ramai tidak menyebarkan berita tidak sahih dan bercanggah daripada keputusan Kerajaan Malaysia.

PENAFIAN

Pejabat Menteri di JPM (Hal Ehwal Agama) tidak pernah mengeluarkan kenyataan “COVID-19: Solat Jumaat tetap diteruskan” dengan tarikh 8 April 2020. Kenyataan asal ini adalah pada 12 Mac 2020.

Sumber: Twitter Dr. Zulkifli

Nur Farra