Siakap Keli

Jepun Tawar Ubat Antivirus Percuma Kepada 20 Negara

ANKARA, 8 April (Bernama) — Jepun menawarkan ubat “anti-flu” percuma kepada negara termasuk Turki bagi merawat pesakit COVID-19, kata Menteri Luar Toshimitsu Motegi, lapor agensi berita Anadolu.

Memetik agensi berita Kyodo, Motegi berkata 20 negara – termasuk Turki, Bulgaria, Republik Czech, Indonesia, Myanmar dan Arab Saudi – boleh mendapat ubat Avigan, yang ketika ini sedang menjalani ujian klinikal.

Sebanyak 30 lagi negara menunjukkan minat terhadap ubat ini, kata Motegi.

“Kami bekerja sama dengan negara yang berminat bagi memperluaskan ujian klinikal ubat Avigan di peringkat antarabangsa,” katanya.

Avigan, atau turut dikenali Favipiravir, adalah ubat antivirus yang dibangunkan Toyama Chemical of Japan bagi merawat influenza, tetapi penyelidik China mendapati ia turut berkesan merawat COVID-19, lapor agensi itu.

Jepun merekodkan 4,250 kes positif COVID-19 dengan 93 kematian.

Pada Selasa, Perdana Menteri, Shinzo Abe, mengisytiharkan darurat selama sebulan di sekurang-kurangnya tujuh daripada 47 wilayah negara itu, termasuk Tokyo.

Sumber: BERNAMA

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Dari Wiser.my

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.