Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang dalam usaha memantapkan perkhidmatan hospital bagi melawan pandemik COVID-19.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, negara kini mempunyai 71 hospital saringan, 40 hospital yang boleh merawat pesakit COVID-19 dan tujuh hospital yang hanya (menfokuskan) merawat pesakit-pesakit COVID-19 sahaja.
“Jadi walaupun ada kekangan di pihak KKM sebelum pandemik lagi, hospital kita telah pun sesak.
“Tetapi dengan perancangan yang baik, kita dapat mengosongkan hospital kita dan dapat membina tujuh hospital COVID-19.
“Dalam tempoh tiga ke empat hari, kita dapat membina satu hospital di MAEPS Serdang untuk digunakan dalam tempoh terdekat, hospital tersebut adalah hospital sementara, mempunyai 600 katil.
“Ini adalah rekod kejayaan kita bersama,” katanya dalam Sidang Media Harian COVID-19 di Putrajaya, hari ini.
Sumber: KKM