Siakap Keli

Kuantan Kini Zon Merah Baru Covid-19

Kuantan, Pahang merupakan daerah terbaru yang diisytiharkan sebagai zon merah.  Ini menjadikan jumlah zon merah sebanyak 24 setakat tengah hari Rabu (8 April), menurut Kementerian Kesihatan Malaysia.

Melalui  infografik yang dikongsi melalui platform media sosial rasmi KKM pada Khamis (9 April), daerah itu sebelum ini telah mencatatkan 43 kes positif Covid-19.

Antara kawasan lain yang disenaraikan sebagai zon merah adalah Cheras, Kepong, Lembah Pantai dan Titiwangsa di Kuala Lumpur; Sepang, Petaling, Hulu Langat, Gombak dan Klang (Selangor); Batu Pahat, Johor Bahru dan Kluang (Johor), Seremban dan Rembau (Negeri Sembilan), Putrajaya; Hilir Perak dan Kinta (Perak); Jasin (Melaka); Kota Bharu (Kelantan); Jerantut (Pahang); Tawau (Sabah); serta Kuching dan Kota Samarahan (Sarawak).

Kes negara Covid-19 dipecah kepada empat kategori: Hijau (tiada kes); Kuning (1-19 kes), Orange (20 hingga 40 kes) dan Merah (41 kes dan ke atas).

Sementara itu, daerah Lembah Pantai masih mempunyai kes positif tertinggi dengan 417 manakala Hulu Langat dan Petaling masing-masing mencatatkan 361 dan 318 kes.

Selangor masih mencatatkan bilangan positif positif Covid-19 dengan 1,078 kes, manakala Perlis kekal paling rendah dengan 17 kes. – Bernama

Dari Wiser.my

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.