Pemilik muzium kereta tempatan di bandar Hyderabad telah membuat kereta yang kelihatan seperti virus Covid-19 untuk menyebarkan kesedaran mengenai jangkitan itu.
Kereta tersebut dikatakan mempunyai enjin 100CC dengan kemampuan bergerak kira-kira 40 km.
Sudhakar, yang memiliki muzium Sudha Car, berkata: “Ia mempunyai enjin 100CC, sebuah kereta empat tempat duduk dan mempunyai empat roda. Ia mampu bergerak hingga 40 km, dan kami mengambil masa sepuluh hari untuk menyediakan model ini. Ia boleh menyebarkan kesedaran untuk orang kekal di dalam rumah.”
“Esok kami bakal melancarkan kereta berbentuk coronavirus dan akan berada di jalan raya Hyderabad untuk menimbulkan kesedaran dan mendidik rakyat mengenai wabak bahaya ini. Diharapkan penduduk akan lebih peka,” tambah Sudhakar.
Sumber: India Today