Satu rakaman menunjukkan seekor anjing dipercayai telah dianiayai oleh seorang individu dengan berulang kali dicampak ke dalam terusan.
Menurut The Sun, kejadian yang dikatakan berlaku di Southall, West London itu memperlihatkan seorang lelaki ‘mengerah’ haiwan peliharaannya masuk ke dalam air terusan tersebut.
Pada permulaan klip yang dimuatnaik di dalam Instagram itu, lelaki tersebut dilihat merentap tali pemegang pada anjing dan mencampakkan haiwan itu dengan kuat dan kasar.
Dia dilihat melutut untuk memastikan anjing tersebut berada di dalam air sebelum menarik haiwan tersebut keluar dengan ganas. Dia mengulangi perbuatan tersebut sebanyak lima kali.
Bagi kali terakhir, dia meletakkan anjing tersebut di dalam air untuk beberapa saat. Tindakan itu telah menyebabkan haiwan tersebut seakan bergelut di dalam air itu.
Tidak lama selepas itu, dia dilihat beredar dari terusan itu bersama anjingnya dan individu yang merakam video ini juga dilaporkan telah menghubungi polis.
Sumber: The sun