KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) mengeluarkan infografik statistik terkini pecahan kes dan tambahan kes baharu COVID-19 mengikut negeri setakat hari ini.
Didapati Selangor kekal menjadi negeri tertinggi mempunyai kadar jangkitan dengan merekodkan 1,118 kes keseluruhan, diikuti pertambahan 40 kes dalam masa 24 jam.
Wilayah Persekutuan (WP) Kuala Lumpur menduduki wilayah kedua tertinggi jangkitan dengan mencatatkan 669 kes, dengan pertambahan 14 kes terkini serta Johor sebanyak 503 kes dengan tujuh kes terkini.
Dalam pada itu, tambahan kes baharu ketiga juga turut dilaporkan di Pahang dengan pertambahan 14 kes, menjadikan kes keseluruhan sebanyak 183.
Bagaimanapun, tiada tambahan kes baharu direkodkan di Perlis, Pulau Pinang, Sabah dan WP Labuan.
#COVID19Malaysia Pecahan kes dan tambahan kes baharu mengikut negeri terkini sehingga 12pm, 9 April. pic.twitter.com/QSdyKn7il2
— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) April 9, 2020
Sumber: KKM