Petugas kesihatan antara barisan harapan negara dalam memerangi wabak Covid-19. Mereka terpaksa berhadapan dengan pelbagai kerenah pesakit. Jika pesakit memberikan kerjasama yang baik pasti memudahkan perawat namun sebaiknya pula berlaku.
Dr Mohd Afiq menerusi status yang dimuatnaik di Facebook, menyatakan kerinduan kepada pesakit Covid-19 daripada kluster Tabligh yang dikatakan sangat baik dan merendah diri.
Namun, merawat kelompok terbaru yang ‘menghuni’ wad menurutnya disifatkan lebih kepada merawat sifat pentingkan diri mereka daripada merawat covid itu sendiri.
Kluster Tabligh tak pernah merungut
Dulu setiap hari satu bas turun daripada tabligh dan madrasah. Diorang ni semua sangat mudah memberikan kerjasama.
Seronok terasa merawat diorang ni walaupun berpeluh-peluh dek PPE. Rasa macam rawat kawan-kawan kita yang sangat mesra dengan kita.

Sentiasa dengar azan berkumandang dalam wad. Bacaan al-quran hampir setiap masa. Wad kusta lama yang penuh dengan cerita hantu pun rasanya hantu-hantu lari bertempiaran kerana pendinding semula jadi dek kerana akhlak dan zikir mereka.
Hampir keseluruhannya sangat merendah diri, sentiasa memberi kerjasama yang terbaik. Tak pernah merungut..

Itulah Kluster TABLIGH.. walaupun mungkin saya tak berapa setuju mereka di cop sebagai kluster tabligh dek kerana satu dua peserta yang pentingkan diri sendiri menyebabkan yang lain menjadi mangsa.. tapi disebabkan zikir yang di sebut semua maka nak buat macam mana.

Seperti ‘merawat’ sifat pentingkan diri kluster baru
Kini datang satu kluster baru. Diorang panggil kluster TURKEY/OVERSEA. Saya panggil kluster JENGKEL. Bas kini datang daripada KLIA dan hotel-hotel.
Diorang ni acah-acah jadi mangsa penyakit covid. Padahal masa diorang pergi melancong, diorang tanpa segan silu papar gambar diorang melancong malah ada yang siap perli kata corona tiada kat tempat sejuk dsb.
Kadang-kadang terasa macam kita ni lebih kepada merawat sifat pentingkan diri mereka daripada merawat covid itu..
Tu tak termasuk yang dok persoal kenapa nak amik darah la, kenapa tak amik swab awal la dan bila kita masuk untuk periksa diorang masing-masing sibuk dengan gajet. Kita ni macam endah tak endah je..
Memang sangat menjengkelkan
Rindu geng tabligh.
Sumber: Mohd Afiq