Siakap Keli
Gambar: Bernama

SOP Baharu Melibatkan Tiga Zon Setiap Kawasan Akan Dibincangkan Esok – Ismail Sabri

Kerajaan akan berbincang mengenai Prosedur Operasi Standard atau Standard Operating Procedure (SOP) baharu melibatkan tiga zon pada Jumaat (9 April 2020) sebagai usaha mencegah penularan wabak Covid-19 di negara ini. (Rujuk minit video 09:44)

Menteri Kanan merangkap Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi satu sidang media berkata, zon tersebut akan dipecahkan kepada tiga bahagian iaitu zon merah, kuning dan hijau.

”Kita akan berbincang mengenai SOP baharu yang melibatkan zon-zon seperti zon merah, zon kuning dan juga zon hijau.

”Perkara ini akan dibincangkan lebih terperinci esok,” kata beliau.

Tambah Ismail Sabri, Majlis Keselamatan Negara Malaysia (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan berbincang lebih lanjut mengenai cadangan dan kawasan melibatkan ketiga-tiga zon tersebut.

”Tadi MKN telah mengedarkan cadangan SOP tersebut dan kita kan bincang secara terperinci esok.

”Malah, KKM juga akan memperincikan dari segi kawasan-kawasan yang berkaitan dengan ketiga-tiga zon yang saya sebutkan tadi,” ujar beliau.

Difahamkan, pada Jumaat (10 April 2020), kerajaan bakal mengumumkan sama ada PKP akan ditamatkan atau disambung ke fasa ketiga bagi membendung penularan Covid-19.

Sumber: Sidang Media Perkembangan PKP

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)