Kerajaan Ukraine dilaporkan sedang menjalankan satu operasi mengali kubur secara besar-besaran di Dnipro bagi bersiap siaga dalam menghadapi wabak pandemik Covid-19.
Difahamkan, operasi itu bukan sahaja bertujuan untuk kesiap siagaan, ianya juga turut bertujuan untuk memberi peringatan kepada rakyat bandar tersebut supaya sentiasa mematuhi arahan kerajaan.
“Pihak pengurusan tanah perkuburan awam di Dnipro telah diarahkan untuk menggali 600 kubur, dan menyediakan ribuan beg mayat untuk digunakan mangsa Covid-19,” lapor Radio Free Europe/Radio Liberty.
“Pihak berkuasa menyatakan kepada Current Time bahawa mereka mahu bersiap sedia dengan lebih awal, dalam pada masa yang sama turut mahu memberi peringatan kepada penduduk tentang kepentingan untuk kekal berada di rumah.”
Власти Днепра вырыли 600 могил для возможных жертв коронавируса. Так они хотят показать жителям, как важно соблюдать карантин.
Всего в городе обнаружили шесть случаев COVID-19, один человек уже выздоровел pic.twitter.com/ex30knJ39O
— Настоящее Время (@CurrentTimeTv) April 3, 2020
Ukraine kini mempunyai 1,892 kes positif Covid-19 yang telah disahkan setakat artikel ini ditulis.
Dengan mencatatkan jumlah kematian sebanyak 57 orang, bekas negara jajahan Soviet Union yang mempunyai 42 juta orang penduduk itu merekodkan kadar kematian hampir tiga peratus daripada jumlah penduduk akibat Covid-19.
Sumber: 7News