Siakap Keli
Gambar: Daily Mail

(Video) Tamat Perintah Berkurung, Penduduk Wuhan Mengalukan Pesawat Dan Kereta Api Pertama Di Bandar Itu

Penduduk-penduduk Wuhan telah mengalu-alukan penerbangan dan kereta api pertama yang tiba di bandar itu selepas mereka dikenakan perintah berkurung selama 76 hari bagi mengekang pandemik Covid-19.

China sebelum ini mengenakan sekatan perjalanan yang ketat di bandar yang pernah menjadi epicentre pandemik tersebut pada 23 Januari lalu yang memperlihatkan sebanyak 75 tempat kemasukan ditutup.

Namun, semalam menyaksikan kereta api yang membawa orang ramai keluar dari bandar itu sudah mula beroperasi dan lebuh raya utama juga sudah mula dibuka.

Penerbangan Xiamen Air 8095 menjadi kapal terbang komersial pertama yang mendarat di Wuhan. Rakaman menunjukkan pesawat tersebut disambut dengan  pancuran air yang ‘dramatik’ selepas mendarat pada pukul 7.19 pagi waktu tempatan.

Kereta api penumpang jarak jauh K81 menjadi kereta api pertama yang melepasi Wuhan ketika ia tiba di stesen kereta api Wuchang pada 50 minit sebelum tengah malam.

Ia berlepas dari bandar Xi’an, ibu kota barat daya Shaanxi dan dalam perjalanan 1,000 kilometer di Guangzhou yang membawa 442 penumpang.

Gambar: Daily Mail

Media negara Cina mengatakan sekurang-kurangya 11,000 penumpang penerbangan telah berangkat melalui lapangan terbang Wuhan semalam serta 55,000 orang telah menaiki kereta api.

Sumber: Daily Mail

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa