Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diarahkan oleh kerajaan Malaysia haruslah dipatuhi oleh setiap rakyat Malaysia bagi mencegah wabak COVID-19 daripada terus tersebar.
Jika dilihat sepanjang PKP berlangsung, pelbagai idea kreatif yang ditampilkan oleh masyarakat seperti menghasilkan video kelakar, tutorial senaman mahupun resepi popular bagi mengisi masa lapang.
Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter, Afrina Abdullah telah berkongsi idea kreatifnya di laman sosial dengan mengubah suai baju kelawar sehingga boleh dipakai oleh lelaki.

Menurut Afrina, idea tersebut timbul apabila adik lelakinya ingin meminjam baju kelawar untuk dipakai. Oleh kerana dia ingin memberi terus kepada adiknya, dia mengubah suai baju kelawar tersebut mengikut saiz adiknya dan kesesuaian sebagai lelaki memakain pakaian itu.
Jika dilihat, kebanyakan pengguna Twitter memuji hasil kerjanya itu dan menganggap ianya lawa dan kreatif.



Afrina juga turut memuat naik video tutorial bagaimana untuk menghasilkan baju kelawar tersebut di Youtube. Video tersebut boleh dilihat di bawah ini:
https://youtu.be/LeAQrlQqoDE
Sumber: Afrina Abdullah, Youtube