Siakap Keli

China Lapor 42 Kes Baharu Positif Covid-19 Dan Sahkan Satu Kematian

Negara China melaporkan 42 kes positif Covid-19 termasuklah sejumlah 38 kes adalah daripada pelancong yang datang ke negara tersebut pada 9 April 2020 dan disahkan seorang maut.

Jumlah ini telah disahkan oleh Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan China (NHC), justeru itu, jumlah keseluruhan di negara tersebut adalah 81,907 kes manakala angka kematian meningkat kepada 3,336 mangsa.

Menurut Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan China dalam satu kenyataan mengatakan bahawa sebelum ini sejumlah 47 kes diuji positif Covid-19 tetapi tidak menunjukkan sebarang gejala. Ini telah membuktikan bahawa jumlah kumulatif untuk tidak bergejala dibawah pemerhatian pihak perubatan meningkat kepada 1,097.

Sumber: CNBC

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)