Ketika seluruh dunia pada ketika ini sedang menjalani perintah berkurung, seorang lelaki di California tergamak menumbuk muka ibunya sendiri. Lelaki itu dipercayai berang dengan ibunya yang didakwa menyorokkan tisu tandas.
Jurucakap Jabatan Sheriff County Los Angeles, Shirley Miller berkata kekacauan di dalam keluarga itu bermula kerana isu tisu tandas.
“Ibu kepada lelaki terbabit berkata dia menyorokkan tisu tersebut kerana anaknya itu menggunakannya dengan terlalu banyak,” katanya.
Lelaki itu didakwa sangat marah dan menumbuk ibunya di muka. Wanita itu menolak untuk mendapatkan rawatan perubatan.
Menurut Miller, laporan berkaitan gangguan domestik berlaku baru-baru ini ketika California menjalani perintah berkurung.
“Tekanan yang berlaku di dalam rumah dilihat sangat meningkat,” katanya
Sumber: New York Post