Siakap Keli

A woman passes by a world map showing countries infected with the new Coronavirus, COVID-19, during a press conference at the National Police headquerters, in Panama City, on March 10, 2020. - The Panamanian Government announced the first death by COVID-19 in the country. (Photo by Luis ACOSTA / AFP)

Genap 100 Hari Sejak Covid-19 Landa Wuhan, WHO Senarai 15 Tarikh Penting Yang ‘Mengubah’ Dunia

Wabak COVID-19 atau Coronavirus yang tersebar dilihat semakin merisaukan. Pelbagai langkah telah diambil bagi menghalang wabak tersebut daripada terus merebak serta menjadi lebih teruk.

Hari ini, genaplah 100 hari sejak bermulanya wabak COVID-19 ini di Wuhan, China. Melalui satu tweet yang dimuat naik oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), beberapa peristiwa penting dan usaha telah diambil dalam mencegah wabak ini dan disenaraikan oleh pertubuhan tersebut seperti dibawah.

Berikut adalah antara peristiwa dan usaha yang diambil sejak wabak ini mula dikesan:

31 Dis 2019: China melaporkan ‘sekumpulan’ kes pneumonia di Wuhan, wilayah Hubei.

1 Jan 2020: WHO mengaktifkan Pasukan Sokongan Pengurusan Insiden di Ibu Pejabat, Peringkat Serantau & Negara serta meletakkan setiap organisasi di tempat kecemasan untuk menangani wabak tersebut.

4 Jan 2020: WHO melaporkan di media sosial mengenai sekumpulan kes pneumonia tanpa kematian di Wuhan, wilayah Hubei.

5 Jan 2020: WHO menerbitkan Berita Wabak Penyakit pertama mengenai virus baru. Ini adalah penerbitan teknikal utama kepada komuniti kesihatan saintifik dan masyarakat awam serta media global.

10 Jan 2020: WHO mengeluarkan pakej panduan teknikal yang komprehensif dengan nasihat kepada semua negara tentang cara mengesan, menguji dan mengurus kes-kes yang berpotensi, berdasarkan apa yang diketahui tentang virus pada masa itu.

13 Jan 2020: Pegawai mengesahkan kes COVID-19 di Thailand, kes pertama yang dirakam di luar China.

30 Jan 2020: Dr. Tedros mengisytiharkan COVID-19 sebagai Public Health Emergency of International Concern iaitu tahap penggera tertinggi WHO berikutan mesyuarat kedua Emergency Committee yang diadakan di bawah Peraturan Kesihatan Antarabangsa.

12 Feb 2020: PBB mengaktifkan Pasukan Pengurusan Krisis WHO yang membawa WHO, UNOCHA, UNmigration, UNICEF, ICAO, WFP, FAO, Bank Dunia dan beberapa jabatan Sekretariat PBB.

21 Feb 2020: Dr. Tedros melantik enam utusan khusus COVID-19, untuk memberikan nasihat strategik dan advokasi serta penglibatan politik peringkat tinggi di setiap bahagian dunia.

16-24 Feb 2020: Misi Bersama WHO di China, termasuk pakar dari Kanada, China, Jerman, Jepun, Korea Selatan, Nigeria, Rusia, Singapura, dan Amerika Syarikat meluangkan masa di Beijing dan juga berkunjung ke Wuhan serta dua bandar lain. Mereka bercakap dengan pegawai kesihatan, saintis dan pekerja kesihatan (sambil mengekalkan jarak fizikal).

5 Mar 2020: WHO melancarkan kempen media sosial yang dipanggil Be Ready terhadap COVID-19, menggesa orang agar Be Safe, Smart & Kind.

6 Mac 2020: WHO menerbitkan draf rancangan R & D untuk COVID-19: 6 Mar 2020: bit.ly/2xgbwC4

8 Mac 2020: WHO menerbitkan panduan Interim mengenai kesediaan kritikal, persediaan dan tindak balas untuk 4 senario transmisi COVID-19 yang berbeza:

  • No cases
  • Sporadic cases
  • Clusters of cases
  • Community transmission

11 Mac 2020: WHO mencirikan COVID-19 sebagai pandemik. 90% kes masih dalam empat negara sahaja. 81 negara tidak melaporkan sebarang kes, dan 57 negara telah melaporkan 10 kes atau kurang.

13 Mac 2020: WHO, UNFoundation serta rakan kongsi melancarkan COVID-19 Solidarity Response Fund: bit.ly/COVID19Fund

Setakat ini WHO telah melakukan:

  1. Menghantar 2 juta peralatan perlindungan individu ke 75 negara yang paling memerlukannya
  2. Menghantar 1.5 juta ujian makmal kepada lebih daripada 126 buah negara
  3. Mengembangkan 6 kursus dalam talian dalam 43 bahasa untuk melatih pekerja kesihatan, yang mencapai hampir 1.2 juta pendaftaran

Tarikh-tarikh di atas adalah antara tarikh penting sepanjang berlakunya krisis wabak COVID-19 sehingga hari ini. Jika anda mahu ketahui lebih banyak lagi tarikh yang ada, anda boleh ke tweet WHO yang telah disediakan di bawah ini:

Sumber: WHO

Adib Mohd

Nur Farra

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.