Gunung Merapi di Indonesia dilaporkan telah meletus pada pagi ini. Menurut laporan BPPTKG, letusan dicatatkan pada seismogram dengan amplitud 75mm dengan tempoh 103 saat.
Ketinggian lajur letusan pula adalah setinggi 3,000 meter dari puncak dengan arah angin ke Barat Laut.
Sebelum ini, gunung Merapi telah meletus sebanyak enam kali pada akhir bulan lepas. Pada 27 hingga 28 Mac yang lalu, letusan itu berlaku empat kali dalam 24 jam.
Namun, timbul teori yang tidak berasas berkaitan dengan letusan gunung berapa tersebut. Ada yang menganggap bahawa debu dari letusan akan mematikan Covid-19.
Dakwaan itu disangkal oleh Pakar gunung berapi di Kementerian Tenaga dan Sumber Mineral, Dr Subandriyo yang menjelaskan bahawa tiada kaitan antara letusan gunung tersebut dengan pandemik Covid-19. Bukti saintifik juga tiada.
Sumber: Tribun News