Siakap Keli
Gambar Hiasan via Google

Hulu Selangor Kini Zon Merah Baru Covid-19, Kawasan Zon Merah Bertambah Jadi 25

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebentar tadi telah mengeluarkan jumlah pecahan kes Covid-19 terbaru mengikut negeri dan daerah.

Menerusi satu ciapan di Twitter yang baru sahaja dikongsikan KKM, bilangan zon merah yang dicatatkan sebelum ini telah meningkat kepada 25 mengikut statistik terbaru yang dikeluarkan sehingga pukul 12 tengahari semalam (9 April).

Zon merah terbaru yang disenaraikan KKM adalah di Hulu Selangor dengan 43 kes positif Covid-19 yang dicatatkan di daerah tersebut.

Disebabkan peningkatan tersebut, KKM menasihatkan kepada orang ramai supaya terus kekal duduk di rumah dan amalkan penjarakan sosial serta tingkatkan penjagaan kebersihan diri untuk mencegah daripada dijangkiti dengan virus maut ini.

Sumber: KKM

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.