Siakap Keli

Indonesia Pinda Cuti Hari Raya Aidilfitri Pada Hujung Tahun Akibat Covid-19

Pemerintah Indonesia secara rasmi mengumumkan bahawa Hari Raya Aidilfitri negara itu ditunda ke hujung tahun 2020, iaitu pada bulan Disember.

Hal ini berikutan penularan wabak Covid-19 yang dikhuatiri lebih teruk menjangkiti rakyat.

Menurut laporan media tempatan, Menteri Pembangunan dan Kebudayaan Manusia, Muhadjir Effendy berkata bahawa cuti umum negara itu dipinda ke tarikh asal iaitu 26 hingga 29 Mei kepada 28 hingga 31 Disember.

“Pindaan cuti kepada hujung tahun dilakukan dengan pertimbangan agar Covid-19 ditangani dengan baik,” kata Mahadjir.

Perubahan cuti bersama dasar keputusan bersalah adalah seperti berikut:

  • Hari Raya Aidilfitri – 28 hingga 31 Disember 2020.
  • Tambahan cutiĀ  umum pada 28 Oktober sempena hari memperingati kelahiran Nabi Muhammad SAW.

Bagi Muhadjir pindaan cuti itu pada tarikh itu dianggap tepat kerana anak-anak cuti sekolah dan keluarga mempunyai banyak masa untuk merancang percutian.

Sumber: Acheh Tribunnews

Nur Farra