Siakap Keli
Gambar Hiasan via Google

“Itu Yang Budak Senang Sakit,” Doktor Ini Jelaskan Kesan ‘Aircond’ Tidak Diselenggara

Pasti ramai diantara kita yang mempunyai pendingin hawa di rumah. Dan pada ketika Perintah Kawalan Pergerakan ini, mesti ramai yang akan menggunakannya kerana masing-masing terpaksa duduk di rumah.

Namun begitu, tahukah anda bahawa alat pendingin hawa ini sebenarnya juga boleh memudaratkan kesihatan kita sekiranya ianya tidak diselenggara mengikut waktunya.

Seorang doktor bernama Ahmad Luqman Bukhari ada berkongsikan tentang apakah kesan sekiranya pendingin hawa tidak diselenggara kepada kesihatan kita. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti perkongsiannya seperti berikut:

Terkejut besar masa dapat tahu dari kawan saya yang ada pesakit cilik baru berusia setahun tapi kerap sangat demam, selsema dan berhingus.

Paling mengejutkan rupa-rupanya bila diperiksa, jangkitan tu melarat sampaikan gegendang telinga budak tu dah pecah dan boleh nampak nanah kuning mengalir keluar!

Kawan saya tu bertugas sebagai doktor dekat bahagian Telinga, Hidung dan Tekak (ENT). Katanya selalu jugaklah dia jumpa kes begini sebenarnya.

Masalah jangkitan pada salur pernafasan dan telinga ni biasa berlaku pada bayi dan kanak-kanak yang selalu terdedah pada penghawa dingin. Pasang aircond terlalu sejuk pun boleh jadi punca batuk selsema tapi yang lebih membahayakan bila aircond tu jarang diselenggara.

Kita duk ingatkan udara sejuk tu bersih dah ditapis, padahal aircond tu sebenarnya penuh dengan habuk dan hama. Habis berterbangan dalam rumah kemudian masuk dan melekat dekat saluran pernafasan anak-anak.

Itu yang budak-budak senang sangat jatuh sakit walaupun sekarang ni asyik berkurung dalam rumah. Kita pun tak senang duduk bila lihat dia orang tak aktif, terbaring je nampak tak bermaya.

Kawan saya tu pesan bila guna penghawa dingin tu berpada-padalah. Mesti servis ikut waktu yang sepatutnya. Usah pandang remeh benda ni sebab ia boleh beri kesan besar pada kesihatan bayi dan kanak-kanak kat rumah kita.

Tolong sampaikan pesanan ni pada mak ayah yang lain jugak ya. Mudah mudahan keluarga kita semua sihat belaka dan jauh dari penyakit.

Sumber: Ahmad Luqman Bukhari

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa