Siakap Keli
Foto: Jabatan Imegresen Malaysia

Jabatan Imigresen Hantar Pulang 1,044 PATI Warga Indonesia

Jabatan Imegresen Malaysia telah menghantar pulang 1,044 pendatang tanpa izin (PATI) warga Indonesia ke Jakarta dan Medan, Indonesia melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Penghantaran pulang tersebut dijalankan secara berperingkat pada 9 dan 10 April 2020.

Perkara berkenaan dikongsikan oleh agensi kerajaan tersebut dalam satu hantaran facebook. Beberapa keping gambar turut dimuat naik oleh Jabatan Imigresen yang menunjukkan proses penghantaran pulang sedang berjalan.

Berdasarkan gambar yang dikongsi, PATI Indonesia ini mengenakan topeng muka dipercayai sebagai langkah-langkah perlindungan diri dari ancaman wabak yang sedang melanda negara ketika ini.

Anggota-anggota keselematan yang menguruskan proses penghantaran ini juga dilihat mengenakan topeng muka.

Foto: Jabatan Imegresen Malaysia
Foto: Jabatan Imegresen Malaysia

Sumber: Jabatan Imegresen Malaysia

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.