KETUA Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, keberhasilan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) setakat ini masih di peringkat pertengahan.
“Berdasarkan pada situasi terkini, pelaksanaan PKP telah dapat membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) membendung penularan penyakit ini kepada satu tahap yang stabil.
“Ini dapat dilihat daripada trend kes COVID-19 dan trajektori yang diunjurkan melalui kajian yang dijalankan oleh KKM.
“Namun begitu, ia masih di peringkat pertengahan dan masih memerlukan tindakan pencegahan serta kawalan berterusan,” katanya dalam Sidang Media Harian COVID-19 di Putrajaya, hari ini.
Tambah Noor Hisham lagi, ia perlu dipesatkan lagi supaya dapat memutuskan rantaian penularan jangkitan melalui peningkatan aktiviti sedia ada serta pendekatan perkara baharu, khususnya kepada kumpulan sasar tertentu.
https://www.facebook.com/kementeriankesihatanmalaysia/videos/512277083011882/?v=512277083011882
Sumber: KKM