Siakap Keli
Foto: Google

Kem Pelarian Rohingya Di Cox’s Bazar, Bangladesh Dikenakan Perintah Berkurung

Kerajaan Bangladesh mengenakan perintah berkurung ke atas wilayah selatan negara itu yang menjadi pusat jutaan pelarian warga Rohingya bagi mengelakkan penularan COVID-19 berlaku di kem pelarian Cox’s Bazar.

“Urusan keluar dan masuk ke kem ini sudah dilarang bermula sekarang,” kata ketua pentadbiran wilayah, Kamal Hossain dalam satu kenyataan pada Rabu selepas negara tersebut mencatatkan 218 kes jangkitan serta 20 kematian.

“Tindakan ketat undang-undang juga akan dikenakan bagi mereka yang ingkar arahan,” tambah Kamal.

Foto: Google

Lebih daripada satu juta warga Rohingya telah tinggal di kem yang sesak itu selepas mereka melarikan diri daripada penganiayaan di Myanmar.

Bagaimanapun, agensi-agensi kecemasan bimbang sekiranya berlaku jangkitan wabak di situ; memandangkan ia adalah salah sebuah pusat pelarian terbesar di dunia kerana kadar populasi yang begitu mampat serta kekurangan fasiliti perubatan.

Jurucakap Pesuruhjaya Tinggi Untuk Pelarian, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHCR), Louise Donovan berkata, wilayah Cox’s Bazar mempunyai kemampuan yang sangat terhad untuk menyediakan rawatan intensif.

Tetapi sebelum ini, kerajaan berkata akan berusaha untuk menambah baik katil-katil hospital serta fasiliti isolasi dan kuarantin.

Sumber: Aljazeera

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'