Siakap Keli
Gambar: Daily Mail

Lebih 350,000 Orang Di Seluruh Dunia Berjaya Sembuh Dari COVID-19

Data mendedahkan bahawa lebih daripada 350,000 orang telah disahkan sembuh dari Covid-19 di seluruh dunia.

Menurut worldometer, secara keseluruhannya, sebanyak 1,603, 428 kes Covid-19 telah disahkan di seluruh dunia dengan 356, 440 orang telah sembuh.

Manakala, 95, 714 orang direkodkan telah meninggal dunia kerana virus tersebut.

Walau bagaimanapun, jumlah sebenar mungkin lebih tinggi disebabkan oleh beberapa negara yang hanya melakukan ujian Covid-19 kepada pesakit yang memerlukan rawatan hospital.

Sehingga 80 peratus kes Covid-19 dianggap sebagai ringan dan hanya merawat diri mereka di rumah. Keadaan ini menjadikan mereka tidak dikira sebagai golongan yang telah dijangkiti atau sembuh.

Negara yang paling banyak mempunyai kes yang sudah pulih adalah China dengan sekurang-kurangnya 77, 370 diikuti dengan Sepanyol, Jerman dan Iran.

Sumber: Daily Mail , worldometer

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa