Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi sidang media sebentar tadi berkata bahawa pelajar-pelajar di kolej dan universiti perlu kekal berada di kampus jika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan.
Menurutnya, ia adalah mengikut prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan yang telah ditetapkan.
“Setakat ini, SOP yang lama masih dikekalkan, bermakna bagi pelajar-pelajar di kolej dan universiti, mereka perlu kekal di kampus mereka dan makanan seperti biasa akan diteruskan,” katanya.
https://www.facebook.com/MajlisKeselamatanNegara/videos/1626743987473562/?epa=SEARCH_BOX
Sumber: Majlis Keselamatan Negara