Susulan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah dilanjutkan hingga 28 April, pihak Kementerian Pengajian Tinggi bermesyuarat bagi membincangkan kaedah terbaik membawa pulang pelajar yang masih berada di kampus ke rumah masing-masing.
Menterinya, Datuk Dr. Noraini Ahmad menerusi Twitter berkata,
“Susulan pengumuman yang dibuat YAB Perdana Menteri mengenai lanjutan tempoh PKP, saya bersama kementerian sebentar tadi meneruskan perbincangan dan meneliti kaedah terbaik untuk menghantar pulang pelajar yang masih berada di kampus ke rumah masing-masing.
“Perkara ini akan dibawa ke Mesyuarat Khas Menteri mengenai COVID-19 esok pagi.
“Sebaiknya, saya mahu pelajar bukan sahaja dapat pulang ke rumah tetapi pulang dalam keadaan sihat dan selamat,” jelasnya.
Keputusan kerajaan untuk melanjutkan Perintak Kawalan Pergerakan diumumkan dalam satu perutusan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin petang tadi.
Susulan pengumuman yang dibuat YAB Perdana Menteri mengenai lanjutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, saya bersama Kementerian sebentar tadi meneruskan perbincangan & meneliti kaedah terbaik untuk menghantar pulang pelajar yg masih berada di kampus ke rumah masing-masing
— Dato Dr Noraini Ahmad (@DrNorainiAhmad) April 10, 2020
Perkara ini akan di bawa ke Mesyuarat Khas Menteri mengenai Covid-19 esok pagi.
Sebaiknya, saya mahu pelajar bukan sahaja dapat pulang ke rumah tetapi pulang dalam keadaan sihat dan selamat.
— Dato Dr Noraini Ahmad (@DrNorainiAhmad) April 10, 2020
Sumber: Twitter