Siakap Keli
Foto: Mohd Hilham

“Rasa Sedih Bila Ada Yang Asyik Mempertikai Dan Mempersenda Kemiskinan Seseorang”

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Dalam dunia ini, pasti akan ada insan yang hidup dalam serba kekurangan. Kehidupan mereka seperti kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Namun, mungkin ada juga golongan yang dari kecil hidupnya senang tanpa dicalit kesusahan.

Tambah-tambah lagi, waktu yang genting ini di mana semua orang perlu patuhi arahan kerajaan untuk bersama-sama mencegah penularan wabak Covid-19 ini. Mana taknya, peniaga-peniaga kecil terpaksa berhenti meniaga dan mungkin wang yang disalurkan oleh kerajaan itu untuk modal menyara keluarga mereka.

Seperti perkongsian oleh wanita ini di laman Facebook berkaitan ada sesetengah individu memandang rendah dan sering mempersendakan golongan ‘miskin’ yang beratur panjang di pusat ATM. Kata wanita ini, dia pernah melalui keadaan di mana terputus bekalan wang dan terpaksa menunggu bantuan untuk menyara keluarga.

Pernah rasa keadaan bila terputus duit dan mengharapkan bantuan…

Rasa sedih bila ada asyik mempertikai dan mempersenda kemiskinan serta kesusahan seseorang. Aku pernah rasa bila keadaan terputus duit, mengharapkan bantuan masuk sampai sanggup beratur panjang di mesin ATM. Mengharapkan bantuan sudah di terima.

Hari ini aku faham kenapa bank penuh sesak dengan orang ramai, mungkin ada yang sangat mengharapkan bantuan, ada yang langsung takda duit ditangan. Berbekal duit lepas isi minyak moto ke bank.

Mereka pun tahu bahaya Covid-19 tapi apakan daya untuk mengisi perut anak yang masih kecil…

Wahai rakyat Malaysia jangan kamu jadikan bahan lawak bila kamu post orang penuh di bank tengok duit bantuan. Jangan kamu menghina mereka kerana sanggup berbaris panjang nak tengok bantuan sudah masuk ke belum, mereka pun tahu akan bahayanya Covid-19 ini tapi apakan daya perut harus di isi. Mungkin ada juga yang mempunyai anak kecil yang asyik meminta-meminta makanan saja tanpa mengetahui kita berduit atau tidak.

Jangan kamu mula bercakap pasal duit mereka sanggup berpanas berbaris menunggu giliran yang lama. Mereka ada alasan tersendiri kenapa sanggup buat begitu, hari ini hari mereka di bawah esok mungkin giliran hari kita pulak di bawah. Sentiasa mendoakan yang baik² semoga Allah sentiasa memudahkan urusan orang lain kerana setiap yang berlaku ada balasan daripada Allah.

Sumber: Noor Shakila via Muhd Hilham

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.