Siakap Keli
Gambar Hiasan via Google

Tak Kuarantin Lepas Pulang Dari Luar Negara, Gadis Dipercayai Jangkiti Ibunya Covid-19

Seorang  yang tidak tahu dijangkiti Covid-19 telah menyebarkan virus tersebut kepada ibunya di Thailand. Wanita itu juga dikatakan gagal mengkuarantinkan diri selepas pulang dari luar negara, lapor National Thailand.

Ketua Pusat Klinik Penyakit Berjangkit  di Universiti Chulalongkorn , Dr Opass Putcharoen, berkata bahawa kebanyakan orang yang dijangkiti Covid-19 tidak menunjukkan gejala awal atau tanda-tanda jangkitan. Disebabkan itu mereka tidak mengkuarantinkan diri selama 14 hari.

Gambar: The Nation Thailand

Menurut portal The Nation Thailand, wanita tersebut menunjukkan gejala selepas dia dipercayai telah menyebarkan virus itu kepada ibunya yang mengalami demam selama enam hari walaupun keputusan X-ray paru-parunya kelihatan normal.

Sebelumnya, wanita itu dipercayai baru pulang dari luar negara namun tidak menjalankan proses kuarantin diri. Dia juga dikatakan terus menjalani rutin hariannya di rumah tanpa menyedari sudah dijangkiti Covid-19.

Beberapa hari selepas itu, dia tidak boleh bernafas dan dimasukkan ke dalam unit rawatan rapi.

Dr Opass menekankan betapa pentingnya kuarantin diri dan menasihati setiap orang yang berisiko mematuhi langkah Kementerian Kesihatan.

Sumber: The Nation Thailand

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa