Siakap Keli
Gambar: Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) - Wikipedia

Tiada Kakitangan HTAA Jadi Mangsa Covid-19 – Pengarah Kesihatan Pahang

Kuantan: Pegawai Perubatan yang dikatakan menjadi mangsa jangkitan COVID-19 dalam laporan sebuah media tempatan semalam, disahkan bukan kakitangan Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini.

Pengarah Kesihatan Pahang Datuk Dr Bahari Che Awang Ngah dalam satu kenyataan hari ini berkata setakat semalam, tiada petugas kesihatan di Jabatan Obstetrik dan Ginekologi (O&G) HTAA dijangkiti COVID-19.

“Kita berharap penjelasan ini memberi kelegaan kepada pesakit dan mereka yang perlu mendapatkan rawatan di O&G HTAA. Kita sentiasa mengambil langkah sewajarnya dalam memastikan keselamatan dan kesihatan pengguna hospital itu,” katanya.

Sumber: Bernama

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.