Siakap Keli

“Tiada Siapa Yang Lebih Tinggi Dari Undang-Undang” – Datuk Seri Ismail Sabri

Menerusi sidang media yang disampaikan oleh Datuk Seri Ismail Sabri mengenai pengumuman harian sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada hari ini, 10 April 2020.

Berikutan dengan itu sebanyak 207 kertas siasatan berkaitan berita palsu Covid-19 dibuka, 23 kes didakwa di mahkamah. Malah, seramai 7,479 individu ditahan ingkar PKP sejak 18 Mac hingga 9 April. Kadar pematuhan arahan PKP setakat ini adalah 97 peratus.

Sebelum beliau menghabiskan kata akhirnya dalam sidang media ini, beliau sempat menasihati kepada individu yang tidak bertanggungjawab menyebarkan berita tidak sahih dan golongan individu yang masih berdegil tidak mengikut arahan Perintah Kawalan Pergerakan.

“Ingatlah tiada siapa yang lebih tinggi daripada undang-undang”

Jelasnya, tiada siapa yang boleh melebih dan perlu mengikut undang-undang yang telah disarankan oleh kerajaan.

 

Sumber: Bernama

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.