Siakap Keli

(Video) Lelaki Cemas Tengah Rakam Video, Kerusi Gerak, Telefon Jatuh Sendiri

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Dalam kalangan kita pasti ada yang pernah mengalami gangguan daripada ‘makhluk halus’. Gangguan ini tidak kira di mana sahaja sama ada di dalam mahupun di luar rumah.

Kadang-kadang jika kita bernasib baik, kita mungkin dapat merakam pergerakan ‘entiti’ yang menganggu.

Buktinya, pengalaman tersebut berjaya dirakam oleh seorang Youtuber, Faiz Zainal apabila beliau dikatakan diganggu ketika sedang merakam video untuk saluran Youtube miliknya, Fuzz Channel.

Menurutnya, Faiz pada ketika itu sedang merakam video pada 8 April dalam pukul 1 pagi, difahamkan rakaman tersebut dibuat bertujuan untuk memberikan ulasan berkenaan spesifikasi yang wajib ada pada gaming smartphone pada tahun 2020.

Jika dilihat di dalam video tersebut pada minit ke 0.20, pintu bilik Faiz secara tiba-tiba terbuka ketika dia baru saja mahu memulakan rakaman.

Gambar: Fuzz Channel

Kemudian, telefon yang berada di belakangnya mula bergerak secara perlahan dan Faiz sendiri dapat merasakan ada sesuatu yang turut bergerak di belakangnya.

Gambar: Fuzz Channel

Telefon di belakangnya kemudian jatuh secara tiba-tiba sehingga membuatkan Faiz terkejut dan lari meninggalkan bilik itu.

Gambar: Fuzz Channel

Di akhir video, kamera merakam kerusi yang ditinggalkannya seperti ‘berjalan’ sendiri.

Kepada yang berani, boleh saksikan video tersebut di bawah ini:

https://youtu.be/WJW3CeiE84o

Sumber: Fuzz Channel

Adib Mohd

Nur Farra

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.