Siakap Keli
Gambar: Puan Nadzirah Razali

Wanita Kongsi Cara Unik Didik Anak Ketika PKP, Bagi ‘Gaji’ Jika Jalankan Kerja

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Para ibu bapa pasti tidak mahu anak-anak mereka ketinggalan dalam pembelajaran. Pembelajaran amat penting untuk kanak-kanak bagi memastikan mereka menjadi insan yang berilmu serta berjaya di masa hadapan.

Walaupun masih dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kita boleh lihat para ibu dan bapa tidak lupa untuk menitik beratkan soal pembelajaran anak-anak. Ada yang mengajar anak-anak mereka dengan menggunakan buku latihan, ada juga yang mengajar dengan menggunakan internet.

Namun, viral di Facebook mengenai seorang wanita bergelar ibu menggunakan idea yang agak unik serta kreatif dalam mendidik anak semasa dalam tempoh PKP.

Posting oleh Puan Nadzirah itu menunjukkan beliau mengajar anak-anaknya tentang cara untuk mendapatkan duit dengan bekerja.

Dalam post tersebut, beliau membuka kedai sekadar gurauan dinamakan ‘Kedai Runcit Ibu’ untuk mengajar anak-anaknya. Untuk membeli barang di kedai tersebut, anak-anaknya harus melakukan kerja yang diberikan untuk mendapatkan gaji.

Gambar: Puan Nadzirah Razali

“Nak beli kat kedai ibu kena kerja dahulu untuk dapatkan duit…..contoh kerja , ada dah ibu list kan dlm gambar tu. nanti dapat gaji. dengan duit gaji tu anak2 boleh beli di kedai ibu. xda duit, xley beli….. hehehhe,” katanya.

Gambar: Puan Nadzirah Razali

Apa yang menarik, suaminya juga tidak terkecuali dalam kaedah pembelajaran tersebut. Namun demikian, wang yang digunakan dalam pembelajaran tersebut bukanlah wang yang sebenar. Untuk pengetahuan, ianya hanyalah wang permainan sahaja.

Gambar: Puan Nadzirah Razali

Puan Nadzirah juga tidak lupa untuk mengingatkan anak-anaknya supaya sentiasa  menjaga kebersihan agar dapat mencegah wabak COVID-19. “Sebelum nak masuk kedai ibu, mesti cuci tangan dengan hand sanitizer dahulu ya anak2…,” kata Puan Nadzirah.

Gambar: Puan Nadzirah Razali

Sumber: Puan Nadzirah Razali

Adib Mohd

Nur Farra

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.