Siakap Keli

“Bersyukurlah Jadi Rakyat Malaysia”, Ini Menu Berkhasiat Di Pusat Kuarantin, Dijamu 5 Kali Sehari

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menjalankan pelbagai usaha untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada mereka yang ‘ditahan’ di pusat kuarantin COVID-19.

Baru-baru ini timbul isu daripada segelintir yang dikuarantin di pusat kuarantin tersebut, katanya menu makanan yang mereka terima tidaklah ‘sehebat’ mana.

Timbul persoalan, apakah sebenarnya menu makanan yang pihak KKM sediakan untuk mereka di sana?

Benarkah dakwaan segelintir golongan tersebut yang mengatakan makanan di pusat kuarantin tidak bagus?

Bahagian Pemakanan KKM menerusi Facebook telah berkongsi gambar-gambar menu yang disediakan khas untuk mereka yang dikuarantin.

COVID-19 MENU BERKHASIAT DI PUSAT KUARANTIN MALAYSIA

Bersyukur menjadi rakyat Malaysia.

Antara contoh menu yang disediakan oleh kerajaan Malaysia di Pusat Kuarantin COVID-19 di Kuala Lumpur dan dipantau oleh nutritionist (pegawai sains pemakanan), Kementerian Kesihatan Malaysia.

Menu yang seimbang, pelbagai dan cukup nutrien siap dikirakan kalori.

Layanan sebegini belum tentu akan dapat di negara lain.

Selama berada di pusat kuarantin, kerajaan Malaysia akan menjaga makan minum lima kali sehari.

Gambar: Facebook Bahagian Pemakanan KKM
Gambar: Facebook Bahagian Pemakanan KKM
Gambar: Facebook Bahagian Pemakanan KKM
Gambar: Facebook Bahagian Pemakanan KKM
Gambar: Facebook Bahagian Pemakanan KKM
Gambar: Facebook Bahagian Pemakanan KKM
Gambar: Facebook Bahagian Pemakanan KKM
Gambar: Facebook Bahagian Pemakanan KKM
Gambar: Facebook Bahagian Pemakanan KKM
Gambar: Facebook Bahagian Pemakanan KKM
Gambar: Facebook Bahagian Pemakanan KKM

.

COVID-19 MENU BERKHASIAT DI PUSAT KUARANTIN MALAYSIABersyukur menjadi rakyat Malaysia~Antara contoh menu yang…

Posted by Bahagian Pemakanan, Kementerian Kesihatan Malaysia on Thursday, 9 April 2020

Sumber: Bahagian Pemakanan KKM

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.