Siakap Keli
Gambar sekadar hiasan: Bernama

KKM Senaraikan Pecahan Kes Mengikut Negeri, KL Catat Hampir 50 Kes Hari Ini

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengeluarkan infografik statistik terkini wabak Covid-19 mengikut pecahan kes dan tambahan kes baharu di setiap negeri, setakat hari ini.

Wilayah Persekutuan (WP) Kuala Lumpur mencatatkan jumlah tertinggi positif jangkitan pada hari ini dengan 46 kes baharu dan merekodkan 759 kes secara keseluruhan.

Kes kedua tertinggi pada hari ini adalah Selangor dengan 35 kes baharu sekaligus kekal sebagai negeri tertinggi mempunyai kadar jangkitan dengan 1,183 kes secara keseluruhan.

Dalam pada itu, tambahan kes baharu ketiga tertinggi juga pada hari ini turut dilaporkan di Pahang dengan pertambahan 27 kes, menjadikan kes keseluruhan sebanyak 214.

Manakala Johor, menjadi negeri keempat tertinggi pada hari ini dengan pertambahan 21 kes, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 544 kes.

Bagaimanapun, tiada tambahan kes baharu direkodkan di Perlis dan Kedah.

Sumber: KKM Putrajaya

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.