Siakap Keli
Gambar: Sabah Post

Pasar Sesak Setiap Hari, Sabah Arah Operasi Pasar Foh Sang Ditutup Serta-Merta

Kota Kinabalu: Kerajaan negeri hari ini mengambil keputusan tidak membenarkan Pasar Foh Sang di Luyang di sini beroperasi berkuat kuasa serta-merta sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berlangsung.

Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Safar Untong dalam kenyataan hari ini memaklumkan langkah itu diambil berikutan kesesakan yang berlaku di pasar itu pada setiap hari.

“Oleh itu kerajaan negeri mengambil maklum mengenai kesesakan yang berlaku di pasar itu dan tidak membenarkan beroperasi sepanjang PKP,” katanya.

Sementara itu, Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Luyang Phoong Jin Zhe menerusi laman sosial Facebook miliknya melahirkan kebimbangan dengan keadaan itu.

”Saya telah tegaskan banyak kali – ini bukan tempat yang anda boleh beli-belah seperti hari-hari biasa. Tiada kupi-kupi. Tiada jalan jalan.

”Ia adalah PKP (Perintah Kawalan Pergerakan). Ia adalah masa yang luar biasa. Hanya apabila kita mematuhi perintah ini, kita boleh memeranginya (melawan COVID-19) bersama-sama,” katanya.

Suasana sesak di pasar itu tular di media sosial hari ini yang memaparkan orang ramai beratur panjang untuk memasuki premis berkenaan selain kawasan letak kereta juga dipenuhi dengan kenderaan pengguna.

Sumber: Bernama

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.