Siakap Keli
Foto: Mohd Irman Mat

Tiada Gadjet, Hanya Al-Quran Jadi Peneman Ketika Adik Alhan Dikuarantin Suspek Covid-19

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini ramai yang mengambil peluang untuk mendekatkan diri dengan Allah SWT. Tidak kurang juga dengan agama lain yang sentiasa berdoa kepada Tuhan untuk menghapuskan semua wabak Covid-19 secepat mungkin agar kita semua boleh menjalani kehidupan harian seperti dulu.

Paling tersentuh hati apabila ada dalam kalangan ahli keluarga yang terpaksa berpisah akibat dikuarantin suspek Covid-19. Ada yang terpisah dengan suami atau isteri, ada yang terpisah dengan ibu bapa, paling terkesan apabila seorang anak kecil terpisah dengan ahli keluarga.

Seperti perkongsian daripada Irman Mat seorang ‘frontliner’ yang bertugas mengutip sisa klinikal di sebuah hospital di Kelantan yang sudi berkongsi pengalamannya bertemu dengan seorang anak yang soleh di wad kuarantin.

Katanya semasa dihubungi, anak ini bernama Alhan seorang kanak-kanak yatim piatu namun, amalan yang dilakukan di wad sangat menyentuh perasaan semua orang.

Alhamdulillah. Hari ni adik Alhan #anaktahfiz dah boleh discharge selepas berada di sini lebih kurang 5-6 hari sebelum tu di Hospital Pantai Mas 10 hari (suspek jangkitan COVID19) .

Syukur pada mu ya ALLAH. 

Hari Pertama aku melihat dia di dalam bilik kuarantin, hati jadi sayu. Manakan tidak sedih tengok seorang budak umur 11 tahun, duduk keseorangan tanpa ke dua ibu bapa ( tanpa gadjet, hanya bertemankan al- Quran).

Mula-mula sekali perkataan hok dia kata. Puas Abe! Aku ambil masa sekejap berbual dengan dia (walaupun tahu risiko jika duk lama-lama). 

Tanya ibu bapa duk mana, dia senyap. Nampak lain muka dio. Aku cuba risik tanya orang, rupa-rupanya adik Alhan ni anak yatim piatu. 

Lepas pada tu, setiap hari pagi dan petang bila aku masuk melakukan kerja mengutip sisa klinikal. Aku meluangkan sekejap masa 5@10 minit untuk berbual dengan adik Alhan.

Jarang-jarang sekali bertanya dia ada nak makan gapo. Aku cuba g beli ko dia, walaupon aku pom bukan berkemampuan tapi boleh la berkongsi sedikit rezeki. 

Hari ini, bila aku masuk mengutip sisa klinikal. Aku tengok dia gembira, rupa-rupanya dia dah boleh keluar. Aku beranikan diri memberikan dia telefon aku untuk dia berbual dengan ustaznya yang juga suspek Covid-19 tapi duduk di wad lain. 

Inshaallah dik, semoga kita dapat berjumpa lagi di luar. Inshaallah. Ingatkan banyak lagi yang nak diceritakan bersama adik Alhan tapi tak cekat nak menaip dah.

Kesimpulan aku di sini…

Cuba kita bayangkan anak itu anak kita yang tak pernah berpisah dengan kita, terpaksa hidup keseorangan kerana virus Covid-19 yang kita pandang remeh ini. Jadi ikutlah arahan untuk berada di rumah.

 Maaflah perkongsian aku ini bukan untuk mengaibkan adik Alhan, bukan untuk dihormati. Tapi sekadar perkongsian untuk kita bersama. 

Luahan aku seorang pengutip sisa klinikal…

 

Sumber: Mohd Irman Mat

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)