Siakap Keli
Foto: Video Facebook

(Video) Gunung Berapi Anak Krakatau ‘Memuntahkan’ Abu Dan Ledakan Kuat Di Indonesia

Gunung Anak Krakatau meletus sekali lagi di Selat Sunda Lampung pada 9.58 malam hari Jumaat, dengan memuntahkan abu dan asap berwarna kelabu setinggi 657 meter dari atas permukaan laut.

Malah, terdapat laporan mengenai ledakan kuat telah dirasai 150 kilometer jauh di ibu negara Indonesia, Jakarta pada jam 11 malam semalam.

Berdasarkan maklumat yang dilaporkan oleh Aktiviti Magma Indonesia berkata biasanya letusan gunung berapi dipengaruhi dengan gunung berapi yang lain kerana masih dalam satu rangkaian.

Berdasarkan data daripada Pusat Volkanologi dan Mitigasi Bencana, status gunung berapi Anak Karakatu pada tahap ketiga iaitu penduduk harus sentiasa bersiap siaga jika berada di tahap kedua, para penduduk dinasihatkan untuk berwaspada.

Ini merupakan peta yang menunjukkan rantaian gunung berapi di Indonesia.

Gunung berapi Anak Krakatau, yang pernah meletus pada 2018 dan mencetuskan tsunami mengorbankan beratus nyawa, kembali meletus malam tadi.

Pada 22 Disember 2018, lebih 400 orang terkorban akibat letusan gunung itu yang menyebabkan berlaku runtuhan sebahagian gunung berkenaan serta pergerakan tanah di bawah dasar laut yang mencetuskan tsunami.

https://youtu.be/1po53U8dloo

Sumber: Tribunnews, Bernama

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang