Siakap Keli

Covid-19: Tiada Tambahan Zon Merah, Kekal 26 Daerah

KUALA LUMPUR, 12 April – Zon merah COVID-19 kekal 26 daerah, setakat 12 tengah hari semalam, dengan Lembah Pantai masih merekodkan jumlah kes tertinggi positif COVID-19, menurut Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) Kementerian Kesihatan (KKM).

Berdasarkan infografik CPRC KKM yang dikongsikan melalui media sosial rasmi KKM hari ini, daerah berkenaan merekodkan 459 kes.

Selain Lembah Pantai, daerah Hulu Langat dan Petaling masing-masing mencatatkan kes kedua dan ketiga tertinggi dengan 378 dan 335 kes.

Zon merah mewakili jumlah positif COVID-19 melebihi 41 kes, zon jingga (20-40 kes), zon kuning (1-19 kes) dan zon hijau tiada kes.

Negeri Selangor masih mencatatkan bilangan kes positif COVID-19 tertinggi iaitu 1,183 kes manakala kes terendah di Labuan iaitu 15 kes.

Sementara itu, Malaysia mencatatkan kedudukan kekal dalam senarai negara dijangkiti pandemik COVID-19 di dunia, iaitu negara menghuni tangga ke-34 semalam (11 April) dengan 4,530 kes positif dan 73 kematian.

Berikut adalah senarai lokasi zon merah lain seluruh Malaysia:

Perak KES
Hilir Perak 66
Kinta 98
Selangor
Sepang 61
Petaling 335
Hulu Langat 378
Gombak 125
Klang 169
Hulu Selangor 45
Kuala Lumpur
Cheras 69
Kepong 119
Lembah Pantai 459
Titiwangsa 112
Putrajaya 51
Negeri Sembilan
Seremban 213
Rembau 53
Melaka
Jasin 67
Melaka Tengah 46
Pahang
Kuantan 76
Jerantut 64
Johor
Batu Pahat 51
Kluang 183
Johor Bharu 176
Kelantan
Kota Bharu 88
Sarawak
Kuching 215
Kota Samarahan 47
Sabah
Tawau 70
JUMLAH 3,436

 

Sumber: Bernama

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang