KUALA LUMPUR, 12 April – Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan menyumbangkan 100 katil kepada Hospital Sungai Buloh dan 50 katil kepada Hospital Kuala Lumpur.
Tidak lepaskan peluang, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar turut berkenan menyumbangkan 42 alat bantuan pernafasan untuk kegunaan hospital di seluruh Johor.
Merafak sembah DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar atas kurnian 42 ventilator untuk kegunaan…
Posted by Noor Hisham Abdullah on Saturday, 11 April 2020
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menerusi dua catatan Facebook rasminya memaklumkan perkara itu serta menzahirkan penghargaan ke atas sumbangan yang diberikan.
“Kementerian Kesihatan menjunjung kasih mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong di atas sumbangan itu.
“Sesungguhnya ia pencetus dorongan semangat yang lebih jitu buat petugas kesihatan agar terus berjuang dalam usaha menyelamatkan negara,” menurut catatan berkenaan.
Sumber: Bernama