Siakap Keli

WHO Sahkan 1 Kes Ebola Terbaru Di Congo, Selepas 52 Hari Tiada Kes Dilaporkan

Belum sempat Organisasi Kesihatan Sedunia (WHO) mengumumkan secara rasmi pengakhiran wabak Ebola Isnin ini di Cango Timur, kes terbaru telah dicatatkan. Kes terbaru Ebola di negara tersebut telah disahkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tedros Ghebreyesus.

Selepas 52 hari tanpa ada kes baharu yang direkodkan satu kes telah disahkan merebak dan mereka dalam persediaan jika ia merebak lebih banyak kes.

Tedros juga mengatakan menerusi twitternya, kerajaan Republik Demokratik Congo belum boleh mengisytiharkan pengakhiran wabak ini yang sepatutnya diumumkan hari Isnin ini.

Untuk pengetahuan anda, wabak ini telah bermula sejak Ogos 2018 yang mengorbankan seramai lebih 2000 orang penduduk di Congo. Namun, selang beberapa bulan lepas, wabak ini dikatakan sudah reda dan disahkan oleh ahli perubatan.

Wabak ini merupakan wabak ke-10 di Congo dan merupakan kedua terburuk yang pernah berlaku selepas merebak di Guinea, Sierra Leone dan Liberia pada akhir 2013 dan 2016.

Kes terbaru disahkan oleh kerajaan Congo pada hari Jumaat lalu di mana seorang lelaki berusia 26 tahun telah meninggal dunia akibat Ebola.

Apa itu virus Ebola?

Ebola adalah sejenis virus yang membunuh hampir dua pertiga daripada kontrak rapat sepanjang wabak ini berlaku.

Dalam masa yang sama, Congo telah berdepan dan mengesahkan bahawa 215 kes positif akibat Covid-19 di daerah Kivu Utara di mana menjadi pusat penularan wabak Ebola. Wabak campak yang paling teruk di dunia telah mengorbankan lebih 6,000 nyawa di Cango Timur sepanjang tahun lalu.

Kes baru ini merupakan satu perkembangan yang dahsyat bagi masyarakat yang juga terdedah dengan ancaman dari wabak Covid-19, sebagai tambahan kepada konflik yang sedang berlaku.

Menurut jawatankuasa Penyelamat Antarabangsa berkata, ini merupakan darurat tiga kali ganda sebelum ini kerana mereka terpaksa menghadapi krisis kemanusiaan yang sedang berlaku, penyebaran wabak Covid-19 dan sekarang, sekali lagi wabak Ebola memberi ancaman di negara tersebut.

Ebola menyebabkan demam, pendarahan, muntah dan cirit-birit tetapi ia hanya merebak melalui hubungan cecair badan yang menyebabkan penyebarannya tidak selaju daripada penyebaran melalui udara.

Beberapa kajian telah menunjukkan bahawa virus tersebut bertahan selama setahun di dalam air mani pesakit yang terselamat daripada virus ini dan berkemungkinan akan meningkatkan kes baru yang tular oleh orang yang terselamat. Kes baru ini juga dapat menunjukkan bahawa penulan penyakit ini berterusan tetapi tidak dapat dikesan oleh ahli perubatan.

Sambutan yang berterusan oleh komuniti antarabangsa telah berjaya mencegah wabak ini daripada merebak ke luar kawasan Congo.

Walaupun begitu, pasukan WHO tetap menjalankan 200 ujian dalam sehari kepada pesakit kedua-dua wabak ini. Ini menyebabkan mereka lebih berwaspada.

Sumber: The Washington Post, Dr Tedros

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)