Hampir 75 peratus rakyat China menyokong keputusan yang dibuat oleh bandar selatan Shenzhen untuk melarang rakyatnya memakan daging anjing. Ianya bersesuaian dengan isyarat yang diberi oleh pembuat dasar yang memungkinkan untuk menghentikan amalan kontroversi itu kerana pandemik Covid-19.
Tinjauan dalam talian yang dijalankan oleh laman web berasaskan berita Hong Kong, ifeng.com, mendapat 378 juta undian pada 6 April lalu.
Lebih daripada 282 juta orang atau sekitar 74.6 peratus daripada kesemua responden berkata mereka menyokong peraturan baru itu sementara 94.8 juta orang yang lain tidak menyokong.
Shenzhen mengumumkan pada 31 Mac yang lalu bahawa memakan daging anjing akan dilarang bermula pada 1 Mei. Keputusan itu dibuat berikutan penularan koronavirus.
Sumber: CGTN