Siakap Keli

8,647 Individu Ditangkap Ingkar PKP, Jumlah Tangkapan Terus Bertambah- MKN

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri berkata, seramai 51 individu telah menjalani pertuduhan di mahkamah semalam akibat ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Angka tersebut menjadikan jumlah keseluruhan yang telah ditangkap kerana mengingkari PKP setakat semalam adalah seramai 8,647 individu.

Manakala jumlah keseluruhan kompaun yang telah dikeluarkan adalah sebanyak 3,105.

Dalam pada itu, Ismail menambah, PDRM telah menahan seramai 1,471 individu yang ingkar perintah PKP, merangkumi 949 individu yang telah dikenakan kompaun sebanyak RM1,000. Manakala 503 individu direman dan 19 individu dijamin polis.

“Jika dilihat dari segi jumlah tangkapan, ia terus bertambah.

“Ini menunjukkan bahawa pihak polis tidak lagi berkompromi kepada mereka yang ingkar PKP ini,” tambahnya.

Sidang Media (Non-Health) oleh Menteri Kanan (Keselamatan).

Sidang Media (Non-Health) oleh Menteri Kanan (Keselamatan), Yb Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob.

Posted by RTM – Radio Televisyen Malaysia on Sunday, 12 April 2020

Sumber: RTM

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.