Untuk mereka yang terjejas pendapatan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di kawasan Wilayah Persekutuan, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah menyediakan Bantuan Zakat Kecemasan bagi membantu mereka.
Perkara ini dikongsi Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) YB Senator DatukΒ Dr.Β Zulkifli Mohamad melalui Twitter rasmi miliknya.
π£ππ₯π π’ππ’π‘ππ‘ πππ‘π§π¨ππ‘ πππππ§ πππππ ππ¦ππ‘ π¦ππππ₯π ππ§ππ¦ π§πππππ‘
Bagi mereka di Wilayah Persekutuan yang terjejas pendapatan disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan, MAIWP menyediakan Bantuan Zakat Kecemasan bagi membantu mereka. pic.twitter.com/j2XD68hx3y
— Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri (@drzul_albakri) April 12, 2020
Menurut beliau, mulai Isnin, 13 April 2020, permohonan boleh dibuat secara atas talian mulai jam 8 pagi dan boleh dibuat menerusi link di bawah ini:
Beliau juga mengingatkan kepada pemohon yang telah memohon bantuan ini secara Whatsapp disediakan sebelum ini, agar tidak mengisi permohonan secara atas talian lagi. Ianya bagi mengelakkan pertindihan maklumat yang boleh menyebabkan permohonan ditolak.
Akhir kata oleh Dr. Zulkifli, semoga bantuan ini akan dapat meringankan beban bagi mereka yang memerlukan.

Sumber: Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri