Siakap Keli

Dikatakan Takut Jatuh Murtad, Jemaah Di Indonesia Rempuh Masjid Ingin Solat Jumaat

Tular di laman sosial Twitter baru-baru ini mengenai sebuah video dikatakan berlaku di negara jiran yang menunjukkan para jemaah merempuh pagar masjid dipercayai ingin menunaikan solat Jumaat.

Menurut salah satu pengguna Twitter yang berkongsi video tersebut, ianya dikatakan berlaku di Masjid Al-Karomah Martapura di Kabupaten, Banjar Kalimantan Selatan. Kejadian tersebut berlaku pada 10 April lepas.

Dalam pada masa yang sama, seorang lagi pengguna Twitter memberitahu bahawa kejadian tersebut berlaku setelah dua minggu berturut-turut penduduk di kawasan tersebut tidak dibenarkan untuk solat Jumaat. Hal ini menyebabkan mereka bimbang jika keadaan tersebut membuatkan mereka akan jatuh murtad ataupun kafir.

Menerusi laporan media tempatan, Koran Banjar, insiden berlaku pada sekitar jam 12.15 di Kota Martapura, Kalimantan Selatan. Hasil pantauan media mendapati jemaah-jemaah ini mendesak ingin masuk ke dalam masjid yang telah di ‘lockdown’.

Sebahagian jemaah dikatakan mendorong pintu pagar masjid dan meminta agar ia dibuka. Di sisi lain, ada juga jemaah yang berteriak meminta ‘keinginan’ mereka didengari pihak pengurusan masjid.

Setakat ini, berdasarkan Jakarta Globe, kes COVID-19 di Indonesia telah meningkat kepada 3,842 kes. Manakala jumlah kes kematian yang disebabkan oleh virus tersebut adalah sebanyak 327 kes.

Sumber: Koran Banjar, Jakarta Globe, Ahmad Ripani, Eko Kentudi

Adib Mohd

Nur Farra