Siakap Keli
Kredit: Hanis Zalikha

Hikmah PKP, Ada Yang Mula Solat & Tersedar Dunia Ini Sementara, “True Story” Dari Peminat Hanis Zalikha

Setiap ujian ada hikmahnya, walaupun kadangkala ia seakan berada di luar logik akal kita. Perintah Kawalan Pergerakan sememangnya mengubah corak hidup kita semua baik dari sudut positif mahupun sebaliknya.

Adakalanya kita mula sedar hikmah sesuatu setelah perkara itu berlaku atau berlalu. Baru-baru ini, seorang selebriti terkenal, Hanis Zalikha berkongsi jawapan-jawapan para peminatnya yang membuka mata mengenai hikmah PKP.

Dalam story Instagram miliknya, Hanis bertanya kepada para peminat, “Bagaimana PKP telah menyelamatkan saya”.

Berikut adalah antara respon para peminat yang dikongsikan beliau.

“14 Februari, bayi saya didera pengasuh. Terbakar tahap kedua pada pipi. PKP buat saya boleh jaga dia.”

“Dapat betulkan solat anak-anak, bacaan Quran anak-anak. Selama ni sibuk kerja tak sempat.”

“PKP buat saya sedar yang hidup ini sementara, selama ni saya hanya kejar dunia. Saya dah mula solat.”

“PKP selamatkan perkahwinan saya. Sebelum ni mungkin kurang masa dengan suami. Dah terfikir untuk jalan terakhir dah.”

“Perkahwinan kami hampir musnah. Tapi sekarang, berjemaah 5 waktu sehari dan dia berubah 360 darjah.”

“PKP selamatkan rumah tangga kami”

“4 tahun PJJ dengan suami dan PKP ni kami boleh duduk sebumbung.”

Ayah baru meninggal jadi anak cucu boleh temankan mak.

Boleh rehat sebab mengandung kali ketiga lepas dua kali gugur

Sumber: Hanis Zalikha

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.