Siakap Keli
Gambar: Ebit Lew

“Kita Semua Sebuah Keluarga,” Ebit Lew Sebak Agihkan Bantuan Sampai Menangis

Umum telah mengetahui bahawa negara kita kini sedang dilanda dengan wabak pandemik Covid-19. Virus ini telah menyebabkan banyak negara di seluruh dunia termasuk Malaysia, melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan bagi memutuskan rantaian jangkitan yang dibawa virus maut ini.

Susulan daripada itu, pelbagai sektor ekonomi terpaksa ditutup dan orang ramai tidak dibenarkan keluar daripada rumah melainkan ada urusan penting sahaja. Disebabkan itu, ramai orang telah hilang punca pendapatan. Ada yang berlapar kerana tidak ada duit untuk membeli barangan harian.

Oleh yang demikian, pelbagai NGO serta individu yang prihatin cuba untuk membantu mereka yang tak berkemampuan ini. Salah seorangnya adalah pendakwah terkenal Ebit Lew. Dalam perkongsian melalui akaun sosial medianya, amal jariah yang dilakukannya ini telah membuatkannya berasa insaf dan bersyukur. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti perkongsiannya seperti berikut:

Hari air mata. Tak boleh tahan air mata masuk kawasan chinese. Semua macam atuk nenek saya. Saya cina. Sebak bila ada ramai auntie menangis bila bagi duit belanja dan barang dapur. Mereka siap doakan dan beri ucapan yang buat saya sebak. Maafkan saya pakcik makcik semua baru hari ini saya datang ke sini. Sedih rasa.

Tak sangka ramai yang saya jumpa kali ini semuanya tinggal seorang diri. Rumah pun teruk. Tak sangka sekitar kl ada rumah begini dan ada yang rumahnya tiada air. Pakai perigi lagi. Ada ramai uncle auntie cuma ada basikal. Sayunya hati. Ramai lagi saya akan pergi. Walau cuma dapat bawa sedikit kegembiraan pada mereka. Ada yang kejar saya bawa ic. Sedih. Pakcik makcik tak payah bagi saya ic. Semua boleh.

Tapi bersih jer semua rumah. Sayu rasa. Siap ada yang tiba-tiba ada yang tunduk sangat macam orang jepun. Cakap terima kaseh. Ulang kali mereka angguk-angguk terima kaseh. Saya ada janji beberapa orang untuk bantu rumah dan lain-lain. Terasa macam ziarah keluarga sendiri. Ada yang minta saya tolong cari anak-anaknya.

Ada kerja toreh getah tapi dah tua tak sihat nak buat semua tu. Ada makcik umur dah 90 tahun duduk seorang diri. Dalam kereta tadi menangis jer rasa sebak. Jarang saya menangis begini. Betul-betul rasa insaf dan bersyukur.

Terima kaseh ada abang Lechumanan dan Hock chinese tempatan dan Abang Azman dan kawan-kawan bersama team saya pertubuhan kasih Umat Malaysia. Terima kaseh semua sahabat team pertubuhan kasih umat Malaysia dan semua yang turut bersama dalam doa dan yang menyumbang bersama. Hanya Allah membalasnya semuanya. Kita semua sebuah keluarga. Orang-orang tua inilah asam garam dan kebaikan dalam dunia ini-ebitlew

Kepada yang ingin menghulurkan sumbangan, anda juga boleh menyalurkan sumbangan ke nombor akaun seperti berikut:

Pertubuhan Kasih Umat Malaysia
cimb 8603546376

Sumber: Ebit Lew

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa